para BLOGGERIANs

inilah AKU !!

My photo
Assalamualaikum w.b.t kepada semua AKU 'Bloggerians' dan juga kepada sesiapa yg 'melintas' di blog AKU. Keep it short: AKU minat ngan KOREA, Anime, makanan, tonton televisyen, warna UNGU, tido dalam kelas and AKU minat gak snap pix + edit tp bese2 jelah. SEKIAN~

Friday, March 25, 2011

Wow ! Larikan diri dari Kiamat, 2012 ! *sigh

Perhhhh..!!! Berkurun siak AKU tak update blog. Kan.. kan.. sebenor eh banyak gak bondo yang nak di share kan dengan bloggerians semua. Contoh eh, korang tau tak AKU join Explorace yang menyebabkan AKU sakit urat tokojut akibat ke'excited'an AKU naek beskal ala2 Le Tour de Langkawi menuju ke semua checkpoint yang ada, berlari bagai nak rak kat Banda Hilir meredah hujan lebat yang membasahi diri dan orang ramai pandang dengan mata yang tak berkelip bila melihat kitorang berlari ke hulu ke hilir time hujan lebat tuh. Dan, point yang paling manTOP !!!! AKU berdondang sayang, menari tarian Portugis dan makan budu plus nasi lomak 2 bungkuih dopan orang ramai!! Tolonglah faham weh!!! Tak pernah2 seumur idop AKU menginjak 21tahun nih, AKU buat bondo alah ni semua !! Tak macho, bro!! Sabo jelah AKU..hoo~

Back to tajuk entry AKU~

        Merujuk kepada tajuk entry AKU iaitu "Wow ! Larikan diri dari Kiamat !", ape yang benak akal fikiran korang fikir sesaat korang baca entry AKU nih ha? 

a. Astagfirullahalhazim ~!
b. Ade plak kes camtuh, bodo!
c. Cam menarik.
d. Hebat siak !
e. Semua jawapan di atas.
f. Takda satu pon di atas.

        Untuk pengetahuan korang-korang yang bijaksana laie cerdik pandai, wujud satu webpage untuk melarikan diri dari bumi bagi mengelakkan Kiamat yang kononnya bakal terjadi 2012 nih yakni tahun depan. 

APAaaaa..???!! Nak Kiamat dah??! Lari ! Lari Lari !! nak BOOK tiket satu !! Nak gi planet Marikh! Eh, Pluto lah sebab Pluto sejuk!

Amacam?! Gempak tak?? Siap ada tempahan tok beli tiket, korang tahu tak???!! Mai klik link kat bawah, korang tengoklah sendiri. Siap ada macam2 pakej laie, First class, Superluminal dan macam2 laie lah..





Dah tengok..?? So, what do you think, guys?? Unbelievable? Cool? Astagfirullahal'azim~ Manusia sekarang semakin "pandai" membuat webpage yang pelbagai rupa, pelbagai kemudahan dan segala macam pelbagai lagi lah. Kiamat pun boleh dijadikan salah satu sumber bisnes. Ya ALLAH~

        Mana mungkin seorang makhluk ALLAH yang lemah lagi hina mampu melarikan diri daripada apa yang telah dinyatakan secara terang-terangan di dalam kitab suci yang menjadi pegangan umat Islam iaitu, AL-QURAN. Hari Kiamat akan muncul, dan semua umat akan dimatikan. Tidak akan ada satu nyawa yang hidup di kala tiba saat itu. Manusia akan dibangkitkan serta dikumpulkan dan segala amalannya akan di hisab oleh ALLAH. Baik buruk rupa manusia tika itu, bergantung pada amalnya semasa dia hidup di dunia. Baik amalannya, baiklah rupanya, indahlah parasnya. Manakala, jikalau jahat amalannya, buruklah rupanya, hinalah parasnya. Nauzubillah~


        Tidak sedikit pon terdetik niat di hati AKU untuk menaip setiap kata-kata ini untuk riak atau untuk berlagak alim. TIDAK ADA SAMA SEKALI ! AKU sedar akan kelemahan diri AKU sendiri, amal ibadat pun tunggang langgang, dosa yang terkumpul pun semakin berkumpul-kumpul kat bahu belah kiri. AKU cuma ingin berkongsi dengan korang-korang semua mengenai webpage yang mengarut lagi mustahil nih. AKU sekadar mengeluarkan pendapat AKU mengenai perkara nih tambahan sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa dunia sekarang sudah hampir dengan Hari Akhirat. Kawan-kawan, kuatkan lah iman kita. Jangan terpengaruh dengan cite-cite omputih seperti 2012, The Day After Tomorrow. Jadikan lah cite-cite tuh sume sebagai bayangan Hari Kiamat yang akan terjadi satu hari nanti yang kita tak tahu bila tibanya cuma beza antara cite tuh dan hari Kiamat yang dijanjikan ALLAH adalah lebih dasyat! dari cite-cite tuh sume.


        Ingat laie tak, tanda-tanda hari Kiamat yang kita semua belajar time skola menengah dulu? Kiamat kecil dan Kiamat besar? Dah banyak tanda-tanda kiamat kecil yang kita dapat saksikan sekarang. The latest, tsunami kat Jepun dengan gempa bumi yang mencecah hampir 9 skala richter. Subhanallah~
AKU just tengok video amatur certain penduduk Jepun jek, dah nek kecut jiwa raga AKU. Time tuh, baru terasa "Ya Allah, aku insaf. Aku takut"








After a few hours, wat balek perangai lama. Hilang rasa nak tobat tuh. Ni lah yang dikatakan peribahasa orang dulu-dulu, hangat-hangat taik ayam! Ape nak jadilah ngan AKU nih. Astagfirullah~ 

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku untuk berubah  menuju arah jalan-Mu yang diredhai. Tetapkan dan kukuhkanlah imanku. Amin~


Orait, setakat ni dulu corat-coret AKU untuk entry kali ini. AKU minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan sekali lagi AKU nak nyatakan bahawa tidak terniat di hati AKU untuk tunjuk alim. Jauh sekali untuk riak. Banyak kelemahan yang ada dalam diri AKU nih. Sama-samalah kita renungkan..~


p/s : TERIMA KASIH KEPADA AL-AZIZIE BIN JAMIL.


Sunday, March 13, 2011

Sunquick = Nasi minyak? Report card ! 'NURULL' !

        Ya, ya.. AKU tahu, AKU faham dan AKU sendiri sedar bahawasanya sudah berkurun dan berabad  AKU tidak meng'update' entry untuk tatapan para AKU'S Bloggerian sekalian yang kini sudah mencecah 14 bloggerians sahaja. Situasi ini adalah disebabkan level kemalasan AKU yang mencengkam buah fikiran di dalam benak fikiranku serta taipan jari jemariku yang runcing ini yang semakin bertambah kelembapannya. Harap para bloggerians memahami akan situasi yang AKU alami ini. Kerjasama dari pihak kamu sekalian amat AKU hargai. Sekian untuk mukadimah entry kali ini. Ayuh, AKU memulakan cerita tentang kisah yang hendak AKU kongsi dengan kamu sekalian di malam Isnin ini. Terimalah ~


        Setelah hampir sebulan AKU tidak pulang ke rumah yang telah AKU menginap sejak dari darjah 6, pada hari Jumaat bertarikh 11hb Mac 2011 AKU tekad untuk pulang ke Taman Desa Rhu yang sangat AKU rindui. Lalu, AKU pun pulang dengan menaiki kenderaan pengangkutan awam berjenama Transnasional dengan membeli tiket bas pada jam 6.30 petang. AKU sama sekali tidak sanggup untuk menaiki bas yang "melompat-lompat" menuju ke destinasi yg ingin AKU tuju kerana ini akan secara tidak langsung akan membuat AKU hangin satu badan di atas kesiputan bas tersebut serta keserabutan para penumpang yang amat 'pelbagai' ! Sampai sahaja di rumah kesayangan milik keluargaku, perkara pertama yg AKU lakukan adalah MAKAN ! Kebuloq tahap gaban dah AKU. Usai sudah makan, AKU pun mandi seterusnya terus AKU tidoq !! ZZzzZZZZZZZZZZZZzzz  !!~

        
        Tiba sudah hari Sabtu. Kojap yo maso ni gorak, den baru balek umah ! Sok kono balek Melako balek, haihhhhhh !!!~  AKU kene tolong my Ibu masak untuk santapan hari ni maklumlah anak daro sulong kek umah. Menu of the day :

Nasi minyak
Ayam Merah


        Terliuq AKU weh!! Sobab eh, my Ibu memang handal tahap super saiya ketigo lah kalo bab2 masak nih lobih-lobih laie duo menu yang AKU nyatakan tadi. SUPERB tau ngak !!~ Dah rojak gilo ayat2 AKU nih, maklumlah somangat 1Malaysia sangat kental ! Ok, mai kita berbalik semula kepada apa yang AKU nak ceritakan. Cara masak nasi minyak versi my Ibu ni tersangat lah unik even AKU yang belajar *HotCat ni pon sampai sekarang tak sangko yang dalam nasi minyak my Ibu guna Sunquick ! Ya, AKU tak tipu ! Ini bukan dusta laie nista tetapi KENYATAAN ! *short form kos yg AKU amek kat Poli, Hotel & Catering Mngmnt bukan "kucing panas" !


        Pengajaran yang AKU pelajari sejak AKU boleh memegang senduk dan memerhatikan cara masakan chef terhebat di seluruh dunia yakni my Ibu adalah kepelikan bukan penghalang dunia masakan. NOTHING IS IMPOSSIBLE ! HEHEHEhehe... :P


        OK, move to my next story. Kejakunan AKU amat-amatlah terserlah di saat AKU bersama my Ibu, my Abah dan my Adik-adik pergi ke Tesco baru yang ditubuhkan di Seremban berdekatan dengan tol. Huish ! Terbuntang mata AKU apabila terlihat sesuatu objek yang sudah mengalami anjakan paradigma dalam penciptaannya justeru mempelbagaikan laie function objek tersebut. SUMPAH ! memang jakon gila lah AKU time nih !! i'm speeches !! *gaya FBI ckp time AJL


        Objek tersebut adalah T.R.O.L.I !

        Ya, para bloggerians sekalian, troli lah objeknya. Yolah, mano den x tokojut ! Dulu goman troli tuh cenggini :


        
        Kalo bezo pon, ado jonis troli yg ado bendero terpacak tu hah. Yang jonis camtuh, takdo lah AKU nak jakon sangat. Yang buek AKU tokojut eh bilo AKU nampak minatang troli nih ado plak tompek lotak baby !! Fuhhh !! Inovasi siak !!



Tidak ada kena mengena dengan orang yang AKU kenal. Freely snap !


        Saat AKU terpandangkan troli nih, AKU tak buleh nak kolip mato walau sosaat pon korang tau tak !! Bapo kali AKU tonyoh mato AKU nih, semato-mato nak meng'confirm'kan gambaran yang AKU nampak di kala ini. Perhhh !! AKU ingat troli ni ado tompek duduk tok budak kocik yang umor eh dalam 3 thn ke atas yo. Ghupo-ghupo eh, baby pon dah boleh baring kek troli tuh, wahhhh !! Ini lah di katokan teknologi. Baguih3x ! my Ibu dok golak kan AKU yo, kato eh AKU nih gayat tambah plak my Ibu cakap AKU nih da mcm katak bawah tompurung. Huuhhh !! sabo yolah AKU menghadapi kenyataan nih.


        Hari Ahad menjelma ~


        Ha....! Maso nilah AKU kolam kabut komeh barang nak balek Molimau. Dok sibok cari tools yg AKU perlukan tok pameran final project AKU nanti yg semakin hampir, AKU bukak la satu tong yang ado kek dopan mato AKU. WAHHHHHHHHHHHHHHhhh !!! khazanah peninggalan zaman skola rendah & skola menengah AKU ! Apo laie, toruih AKU dok besilo kek situ. menyepah kan barang2 tuh sume. Tosongeh-songeh AKU tengok 'khazanah' tuh sume ! Teringak plak time kanak-kanak hingusan dulu. Antara item-item khazanah tersbut adalah :



Fail peribadi AKU time skola rendah, SKSK.


        Hehehe.. dalam bondo alah fail nih macam-macam khazanah yang AKU jumpa. Sesungguhnya, AKU memang rindu giler lah saat-saat innocent nih sume. Manis, pahit, tawar, masam and masam-masam manis nye kenangan semua ada !!



Report kad dari darjah 1 sampai darjah 6




Kad ujian darjah 4 sampai darjah 6



 Antara result subjek skola rendah AKU, hahahaha!! 100% tok Agama ! Hebat tol AKU !!








Komen-komen cikgu AKU dulu, hehehe !! Kenangan itu memang INDAH ~










Word yang selalu cikgu guna masa komen dalam buku report mesti "Teruskan usaha", "Banyakkan latihan",
"Ada peningkatan", "Lemah, teruskan usaha.", "Baik", "Cemerlang", "Anda pasti boleh lakukan". Betul kan..?? kan..?? hahahaha.. word ni lah yg menentukan tahap bebelan my Ibu dulu2.. kalo baek result AKU, sodap yo  yg kuar dari bibir my Ibu. Sebaliknya, kalo AKU terok.. sendiri mau ingat la !!! hikhik.. !!~


Sepanjang AKU blajo kek Sek.Ren.Keb Seri Kelana, semua cikgu panggil AKU, 'Radziah'. Kecuali ! Cikgu masa darjah 6. Cikgu ni sorang je panggil AKU dengan nama 'Nurull'. Sebabnya adalah:




Pandai-pandai la korang detect nape cikgu ni panggil AKU, 'Nurull' yek.. AKU percaya walaupun gambar ni kabur, korang still nampak kan apa yang tertera kat gambo nih. Hahaha !! Cikgu ni adalah antara cikgu kesayangan AKU time skola rendah dulu. my Cikgu nih ajar subjek sains, memang best !! Simple dan mudah time PnP subjek nih !! Terima Kasih, Cikgu !!




Cita-cita AKU time skola rendah dulu. Cool kan AKU ~


Khazanah terakhir yang AKU jumpa berkaitan skola rendah AKU adalah :



RESULT UPSR !!!

Korang nampak tak AKU dapat berapa..???!! Nampak..?? Nampak atau tak nampak AKU nak hebohkan gak, hahaha !! Untuk pengetahuan korang, AKU dapat 5A !! Yeah, AKU sonyum sampai ke telingo time tatap slip result nih. haha !! AKU ingat laie word pertama yang kuar dari clazmate AKU masa cikgu wat announcement tok murid yang dapat 5A. "Radziah, camne ko buleh dapat 5A? Aku tak percayalah" kata rakan sekelas AKU. Jawapan AKU, "Entah~". hahahaha!! Nama AKU last di announce time tuh, AKU pon tak percaya yang AKU ley dapat 5A. Banyak kali cikgu panggil nama AKU, tapi takde respon dari AKU sebab memang AKU shock gila! Dah lama, baru AKU terkebil-kebil bangun and amek result kat cikgu. Semua murid tepuk tangan ! Pehh, memang bangga siak ! Zaman kegemilangan AKU !! Abes jek upacara nih, AKU and member AKU round satu skola. Bila ada budak tanya AKU dapat berapa, dengan bangga AKU menjawab "5A !". Siap bagi nasihat laie suh blaja lek lok.. hahaha!!


Balek umah, AKU wat muke sedih bila my Ibu tanya pasal result. AKU cakap takde "A", then my Ibu cakap "takpelah, lulus pon da terer la". Senyuman tak pernah lekang dari bibir my Ibu, walaupun AKU rasa AKU da mengecewakan my Ibu. Lepas letak beg skola dalam bilik, AKU kuarkan slip result and jerit "DAPAT 5A, BU....!!!!!!!!!!"  Apa lagi, my Ibu minta la nak tengok slip result. AKU nampak butir-butir air mata my Ibu, AKU rasa bersyukur sangat kerana dapat keputusan yg boleh menggembirakan my Ibu and my Abah.


Sekian untuk khazanah time skola rendah. Masa AKU godek-godek barang nih sume ade gak terselit khazanah skola menengah tapi tak banyak la sebab khazanah yang lain AKU dah asingkan. Tak sangka lak ada laie yg tersesat kat dalam tong tuh. Hahaha..!!~ Antara khazanah skola menengah yang AKU jumpa adalah :




Time AKU tingkatan Empat, AKU ada dapat 'Anugerah Kecemerlangan' tok paper PMR masa form 3. Agak bangga lah AKU time nih. Yelah, bukan senang nak dapat anugerah dalam pelajaran. Anugerah tok sukan and unit beruniform dah banyak AKU kumpul. So, bila AKU di inform kan AKU akan dapat anugerah Akademik memang AKU bangga bukan riak sebab AKU berjaya atas usaha keras AKU. Ok, time AKU jumpa bondo alah nih AKU songeh-songeh gak la. hehe!! AKU dapat anugerah tok "Prestasi Terbaik Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam". Time skola rendah dapat markah 100%, skola menengah plak anugerah prestasi terbaik. Memang cool lah AKU rasa.. hahahahaha!!






Tetapi, bilo AKU bukak yo fail ni korang ghaso apo yang AKU jumpo..?? Dinosaur? Doraemon? Superjunior? Hahaha.. tak yah lah AKU nak berteka-teki. Jawapan nya adalah :




Taraaaa...!!!

Ya, bukan sijil, bukan duit. Apetah laie pingat tetapi merupakan sekeping poster Hyun Bin yg diberi oleh kawan satu skola rendah dan skola menengah AKU iaitu Al-Azizie Bin Jamil. Hahaha !! agak tokojut gak AKU. Ingatkan ado sijil, ghupo-ghupo eh poster, hehehe !!~ Ontah mano lak AKU campak sijil eh.. ngeeee...!!~


Next, khazanah yang AKU jumpa :




RESULT PMR !!!

Ni AKU sedih sikit nak cite, hahaha !! Sobab eh, result ni tak la "WOW !" macam UPSR dulu.. Tak nak cite ley?? Korang tengok sendiri sudah.. nampak kan.. Lalalalala !!~ Emmm, AKU nak cite lah !! hehe.. changed my mind ! Macam yg korang nampak, AKU just dapat 5A 3B jek.. subjek Mathematics, Sejarah and Science yang AKU dapat B !! Geram gak lah AKU, sebab tak mencapai target tapi still Alhamdulillah ~ Apa yang AKU ingat time amek slip nih dulu, hari result PMR kuar adalah hari last episode bagi drama Korea, Summer Scent ditayangkan dokek 8TV. Bestie AKU si Norazira Jamal sanggup datang lambat tuh time amek result ni sebab dia takut kalo miss last episode cite nih.. sodangkan AKU ghaso sompek yo kalo dio datang amek dulu. Pueh pujuk, datang gak dio amek result. Yang AKU, Bella, Bda and Nana tokojut bilo dapek tau result si Zira sejibik cam result AKU !! Apo subjek yang AKU dapat B, si Zira pon dapat B. Hahaha!! Terbaekkkk...!!~ tu bukti kitorang memang kamceng !!


        Tuntasnya, jari jemari AKU pon dah penat, kepala otak pon dah kejung mengolah ayat. Setakat ini sahaja cecite tok entry kali ini. I hope that you enjoyed reading my blog. I wish that all of you will keep continue to read my next entry. Speaking siak !! hahaha... Ok, sehingga ketemu di lain entry !! Assalamualaikum !!


p/s : TIADA APA-APA YANG MUSTAHIL