para BLOGGERIANs

inilah AKU !!

My photo
Assalamualaikum w.b.t kepada semua AKU 'Bloggerians' dan juga kepada sesiapa yg 'melintas' di blog AKU. Keep it short: AKU minat ngan KOREA, Anime, makanan, tonton televisyen, warna UNGU, tido dalam kelas and AKU minat gak snap pix + edit tp bese2 jelah. SEKIAN~

Friday, March 25, 2011

Wow ! Larikan diri dari Kiamat, 2012 ! *sigh

Perhhhh..!!! Berkurun siak AKU tak update blog. Kan.. kan.. sebenor eh banyak gak bondo yang nak di share kan dengan bloggerians semua. Contoh eh, korang tau tak AKU join Explorace yang menyebabkan AKU sakit urat tokojut akibat ke'excited'an AKU naek beskal ala2 Le Tour de Langkawi menuju ke semua checkpoint yang ada, berlari bagai nak rak kat Banda Hilir meredah hujan lebat yang membasahi diri dan orang ramai pandang dengan mata yang tak berkelip bila melihat kitorang berlari ke hulu ke hilir time hujan lebat tuh. Dan, point yang paling manTOP !!!! AKU berdondang sayang, menari tarian Portugis dan makan budu plus nasi lomak 2 bungkuih dopan orang ramai!! Tolonglah faham weh!!! Tak pernah2 seumur idop AKU menginjak 21tahun nih, AKU buat bondo alah ni semua !! Tak macho, bro!! Sabo jelah AKU..hoo~

Back to tajuk entry AKU~

        Merujuk kepada tajuk entry AKU iaitu "Wow ! Larikan diri dari Kiamat !", ape yang benak akal fikiran korang fikir sesaat korang baca entry AKU nih ha? 

a. Astagfirullahalhazim ~!
b. Ade plak kes camtuh, bodo!
c. Cam menarik.
d. Hebat siak !
e. Semua jawapan di atas.
f. Takda satu pon di atas.

        Untuk pengetahuan korang-korang yang bijaksana laie cerdik pandai, wujud satu webpage untuk melarikan diri dari bumi bagi mengelakkan Kiamat yang kononnya bakal terjadi 2012 nih yakni tahun depan. 

APAaaaa..???!! Nak Kiamat dah??! Lari ! Lari Lari !! nak BOOK tiket satu !! Nak gi planet Marikh! Eh, Pluto lah sebab Pluto sejuk!

Amacam?! Gempak tak?? Siap ada tempahan tok beli tiket, korang tahu tak???!! Mai klik link kat bawah, korang tengoklah sendiri. Siap ada macam2 pakej laie, First class, Superluminal dan macam2 laie lah..





Dah tengok..?? So, what do you think, guys?? Unbelievable? Cool? Astagfirullahal'azim~ Manusia sekarang semakin "pandai" membuat webpage yang pelbagai rupa, pelbagai kemudahan dan segala macam pelbagai lagi lah. Kiamat pun boleh dijadikan salah satu sumber bisnes. Ya ALLAH~

        Mana mungkin seorang makhluk ALLAH yang lemah lagi hina mampu melarikan diri daripada apa yang telah dinyatakan secara terang-terangan di dalam kitab suci yang menjadi pegangan umat Islam iaitu, AL-QURAN. Hari Kiamat akan muncul, dan semua umat akan dimatikan. Tidak akan ada satu nyawa yang hidup di kala tiba saat itu. Manusia akan dibangkitkan serta dikumpulkan dan segala amalannya akan di hisab oleh ALLAH. Baik buruk rupa manusia tika itu, bergantung pada amalnya semasa dia hidup di dunia. Baik amalannya, baiklah rupanya, indahlah parasnya. Manakala, jikalau jahat amalannya, buruklah rupanya, hinalah parasnya. Nauzubillah~


        Tidak sedikit pon terdetik niat di hati AKU untuk menaip setiap kata-kata ini untuk riak atau untuk berlagak alim. TIDAK ADA SAMA SEKALI ! AKU sedar akan kelemahan diri AKU sendiri, amal ibadat pun tunggang langgang, dosa yang terkumpul pun semakin berkumpul-kumpul kat bahu belah kiri. AKU cuma ingin berkongsi dengan korang-korang semua mengenai webpage yang mengarut lagi mustahil nih. AKU sekadar mengeluarkan pendapat AKU mengenai perkara nih tambahan sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa dunia sekarang sudah hampir dengan Hari Akhirat. Kawan-kawan, kuatkan lah iman kita. Jangan terpengaruh dengan cite-cite omputih seperti 2012, The Day After Tomorrow. Jadikan lah cite-cite tuh sume sebagai bayangan Hari Kiamat yang akan terjadi satu hari nanti yang kita tak tahu bila tibanya cuma beza antara cite tuh dan hari Kiamat yang dijanjikan ALLAH adalah lebih dasyat! dari cite-cite tuh sume.


        Ingat laie tak, tanda-tanda hari Kiamat yang kita semua belajar time skola menengah dulu? Kiamat kecil dan Kiamat besar? Dah banyak tanda-tanda kiamat kecil yang kita dapat saksikan sekarang. The latest, tsunami kat Jepun dengan gempa bumi yang mencecah hampir 9 skala richter. Subhanallah~
AKU just tengok video amatur certain penduduk Jepun jek, dah nek kecut jiwa raga AKU. Time tuh, baru terasa "Ya Allah, aku insaf. Aku takut"








After a few hours, wat balek perangai lama. Hilang rasa nak tobat tuh. Ni lah yang dikatakan peribahasa orang dulu-dulu, hangat-hangat taik ayam! Ape nak jadilah ngan AKU nih. Astagfirullah~ 

Ya Allah, bukakanlah pintu hati aku untuk berubah  menuju arah jalan-Mu yang diredhai. Tetapkan dan kukuhkanlah imanku. Amin~


Orait, setakat ni dulu corat-coret AKU untuk entry kali ini. AKU minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan sekali lagi AKU nak nyatakan bahawa tidak terniat di hati AKU untuk tunjuk alim. Jauh sekali untuk riak. Banyak kelemahan yang ada dalam diri AKU nih. Sama-samalah kita renungkan..~


p/s : TERIMA KASIH KEPADA AL-AZIZIE BIN JAMIL.


No comments:

Post a Comment