para BLOGGERIANs

inilah AKU !!

My photo
Assalamualaikum w.b.t kepada semua AKU 'Bloggerians' dan juga kepada sesiapa yg 'melintas' di blog AKU. Keep it short: AKU minat ngan KOREA, Anime, makanan, tonton televisyen, warna UNGU, tido dalam kelas and AKU minat gak snap pix + edit tp bese2 jelah. SEKIAN~

Monday, February 28, 2011

Peristiwa 27 Februari 2011 oleh AKU.

        Sedang AKU khusyuk membute walaupun matahari sudah terik memancar di atas bumbung rumah sewaku, telefon bimbit AKU yg berjenama Nokia 7060 nyaring menyanyikan lagu ringtonenye oleh Saiful Apek, pelawok terkenal Malaysia.

"Angkat talipon, angkat talipon, angkat, angkat talipon, kalau tak angkat, kalau tak angkat, AKU talipon taliban, lalalalalalaalalala~"

        Namun, di sebabkan AKU masih enak membute AKU hanya meng'ignore'kan sahaja panggilan tersebut. Tetapi, AKU amat lah tension kerana panggilan tersebut berterus-terusan mengganggu lenaku. Panggilan tersebut adalah daripada orang yg sama iaitu rakan sekelasku yg bernama Muhammad Mokhtar Bin Mohd Razif atau dengan nama manja nya, Mokh.. AKU tidak mahu meng'pick up' panggilan tersebut kerana AKU malu kalau t'kantoi yg AKU masih membute di kala matahari sedang terik memancarkan sinar mentarinya. Maklumlah, AKU kan anak dara. Tapi apakan daya, AKU sudah tidak sanggup laie untuk memekakkan telinga daripada mendengar nyaringan ringtone henset AKU sendiri. Jadi, AKU pun jawablah panggilan tersebut. Ayat pertama yang terluah dari mulut pemanggil itu adalah:

"Radziah, aku tahu ko belum bangun laie. gosok gigi pon belum, mandi apetah laie, kan..kan..?" diselangi pula dengan dekahan gelak tawa pemanggil tersebut. *mangkuknya classmate! dah la menggangu tido AKU. kau boleh lak buat lawak yg sugguh 'enak' di 'pagi-pagi buta' nih.

        Dengan malas, AKU bertanyakan sebab mengapa dia menelefon AKU pada saat-saat indah AKU di ulit mimpi dengan sore AKU yg serak-serak rock. *AKU tido lepas Subuh, kol 6.30pagi. time mamat nih kol 10.30pg.
Di bawah adalah dialog perbualan antara AKU dan dia.

* * * * * * * * * * * *

Mokhtar :  Weh, Puan Surina bagitau aku yang kita kena datang JH pukul 2.30petang nih. Jumpa kat main kitchen. Dia cakap, esok kita kena serve guest. 

AKU :   Hah...?! ye ke..? So? Semua ke kena datang petang nih? Buat apa?

Mokhtar :   Dia just cakap yg kita kena datang petang nih and serve esok. Aku nak datang tapi sekarang aku takda kat Merlimau. Tapi, aku nak join serve esok.

AKU :   Kau confirm ke weh?

Mokhtar :   Kau confirm kan lah dengan puan, nanti roger aku.

AKU :   Ok2.


* * * * * * * * * * *

        Tamat perbualan antara AKU dan dia, AKU terus menyambung kembali apa yang telah terbantut iaitu TIDURku yang diganggu tanpa mengotakan apa yang telah AKU katakan semasa mengakhiri perbualan kami tadi. Namun, selang beberapa minit kemudian, suara Saiful Apek kembali berkumandang...~

"Angkat talipon, angkat talipon, angkat, angkat talipon, kalau tak angkat, kalau tak angkat, AKU talipon taliban, lalalalalalaalalala~"

        "Apek.. Oh, Apek.. kau kalau x melalak sehari tak boleh ke? Napa lah korang suka na nak ganggu tidurku. huhh!" detik hati AKU. Lantas, AKU membuntangkan mata untuk melihat skrin telefon bimbit ku. Tertera nama si pemanggil *cLass rePs* yg menjadi hak milik tuan punya badan bernama asal, Muhammad Mokhtar bin Mohd Razif. SEKALI LAGI ! *apo laie jang oiii...! Berikut adalah perbualan kami untuk kali keduanya.

* * * * * * * * * * * *

Mokhtar :   Kau da confirmkan dengan puan belum weh?

AKU :   Aku da mesej tadi tapi puan belum balas. *AKU tipu.

Mokhtar :   Better kau call puan. maybe dia sibuk.

AKU :   Orait, nanti aku call.

Mokhtar :   Ok, nanti roger aku.

AKU :   Ok, assalamualaikum.

* * * * * * * * * * * *

        Tanpa melengahkan masa, AKU terus menghubungi Puan Surina bagi mendapatkan butir-butir yang berkenaan. Seperti yg dikatakan oleh Mokhtar, semua rakan kelas AKU dikehendaki untuk menghadirkan diri ke Jabatan Hospitaliti pada jam 2.30 petang bagi melakukan proses mise en place untuk acara makan tengahari pada keesokan harinya yang akan dihadiri oleh para VIP dan petugas-petugas PMM seramai 208pax kesemuanya.


        Daripada 36 orang jumlah keseluruhan rakan sekelas AKU, hanya 9 orang sahaja yang menghadirkan diri. AKU, Nurul Nasihah, Mohamed Noorazri, Mohamad Akhir, Asraf Azzubir, Wen Hooi, Hui Wen, Chee Kuan dan Hooi Chuen sahaja yang hadir. Kami dibantu oleh pelajar semester 3, dari kos pelancongan untuk menyediakan cutleries, linen dan peralatan yg hendak digunakan keesokan harinya. Antara cutleries dan peralatan yg digunakan adalah table fork, table spoon, soup spoon, laddle, dessert fork, dinner plate, bb plate, dessert plate, dome set, water goblet, side station dan bermacam laie untuk kegunaan 208 pax.


        Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja, AKU tidak sedar bahawa waktu sudah berlalu menginjak ke jam 6.30 petang. Perut AKU berkeroncong, kemudian AKU tersedar. AKU tak makan pape kot dari pagi! Mana tak nye, tido kol bape. Bangun lak kol bape. Bangun jek terus siap nak g jabatan. Memang tak makan lah. So, dengan muka tak segan nya AKU mengajak Mohamed Noorazri untuk ke McDonald di Dataran Pahlawan. Dia bersetuju setelah puas dipujuk oleh AKU dan Nurul Nasihah di tambah pula oleh Mohamad Akhir. Yeay!! Jadi, kami berempat pun terus menuju ke Dataran Pahlawan.


        Dalam perjalanan menuju ke DP, kami berempat berborak mengenai bayak perkara. Antaranya ialah, kehangatan pilihanraya yang sedang menggamit kawasan tempat kami belajar iaitu Merlimau. Kerap siot Politeknik AKU masok TV lately nih. Selama AKU menuntut kat sini, tak pernah AKU tengok Merlimau happening begini sekali. Selalunya, Merlimau kelihatan seperti pekan koboi. Tapi, tidak lagi pada tika ini. Macam-macam propaganda dalam politik nih, termasok lah ragam-ragam penyokong calon yang bertanding.




Strategi yang biasa kita tengok kalau pilihanraya nih, bendera parti yang bertanding mesti berada di mana-mana sahaja. Penuh pekan Merlimau dengan bendera, merata-rata ada. Kadang-kadang tuh, satu tempat berpuloh-puloh bendera ada. Tak rasa membazir ke? Letak ala kadar sudah. *pendapat ikhlas AKU.


        Selain itu, ragam-ragam lain yang kitorang berempat dapat lihat time nak pergi DP adalah tindak tanduk para penyokong parti Barisan Nasional yg ligat membunyikan hon motosikal masing-masing dengan mengibarkan bendera parti. Situasi ini agak membengangkan AKU kerana, agak memekak ye bunyi-bunyi hon tuh coz time nih rombongan mat-mat moto nih follow belakang kereta yg kitorg naik. Sompek lah si Nurul Nasihah men'snap' gambar2 rombongan pakmat moto tuh sume.












        Berkobar-kobar sungguh mat-mat moto nih sume. Jarang AKU nak nampak budak-budak zaman sekarang bersemangat waja camnih. Kalau ke arah kebaikan, Alhamdulillah~


        Perjalanan kami ke DP diteruskan kembali, pelbagai topik telah kami bualkan. Kemudian, masok plak bab fotografi. Topik ini dimulakan oleh Nurul Nasihah. Jadi, kami bualkan lah mengenai topik ini. Sedang hangat berborak, masing2 try untuk snap gambar matahari yg kelihatan agak cun melecun tika itu. Tapi, bukan senang. Masing-masing try snap dengan hanya menggunakan henset sdn.bhd dengan keadaan kereta yg meluncur laju di atas jalan. Antara hasil-hasil gambar yg di'snap' adalah seperti di bawah.






Di'snap' oleh Nurul Nasihah


* * * * * * * * * * * *

          Setelah hampir 35 minit perjalanan, AKU dan 3 orang member yang lain sampai juga ke destinasi pilihan kami iaitu McDonald di Dataran Pahlawan. Selesai kereta di parkir di tempat yg sesuai, kami menuju ke McDonald. Tetapi, kami tidak teru m'order' makanan sebaliknya, Mohamad Akhir mahu ke tandas terlebih dahulu. Manakala, AKU dan Nurul Nasihah menuju ke kiosk Baker's Cottage yg t'letak berhampiran dgn McD. Kami berdua adalah penggemar egg tart, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk membeli dua ketul untuk setiap seorang. 


          Akhirnya, kami menuju ke matlamat utama kami ke Dataran Pahlawan iaitu makan! AKU mmg da kebuloq sangat da time nih.. Dengan pantas, sebaik melangkah masok ke McD, AKU dan Nurul Nasihah terus beratur untuk m'order' makanan. "Big Mac" bersaiz L menjadi pilihan AKU. Setelah mendapatkan makanan, AKU terus menuju ke meja yg telah di cop oleh Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri yg terletak di tepi glass kaca, port yg best. Mohamad Akhir mengetuai bacaan doa makan kami. Selesai berdoa, AKU terus menyuapkan french fries tanpa melengahkan masa. Nyumm... nyum...!!~




Large french fries & Big Mac




my lovely BIG MAC ! <3


        Terliur? Lapar? Nak? Pergi dapatkannya segera!! Jangan melengah-lengahkan masa. Sedap wok ! Jemput makan..!



Muka bahagia AKU bersama BIG MAC ! masok sekaligus! *TIPU



AKU memang saja nak buat korang lapaq, hahahaha !



          Dalam masa 10minit, AKU berjaya mengabeskan sume makanan AKU justeru menjadi orang pertama yg selesai makan. Tak tertanding oleh Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri apetah laie Nurul Nasihah. ngeeeee...!!~



erkkkk...!!~ Alhamdulillah ~ :)


        Puas AKU bercerita, pasal Nurul Nasihah, Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri. Meh sini, AKU introduce kan korang dengan mereka bertiga.



Memperkenalkan, Nurul Nasihah bte Abd Ghani !! 




Mohammed Noorazri, driver !




Mohamad Akhir, class representative !


          Setelah puas melepak-lepak, kami pun berangkatlah pulang ke rumah. Sebelum keluar daripada McD, AKU dan Nurul Nasihah meng'order' Mcflurry Cornetto setiap seorang. Banyak kan kitorang berdua makan?? hahaha.. sampaikan Mohamad Akhir cakap "Apa jenis perut korang nih?".. hahahahaha!!~
Maka, kami pun berangkat pulang ke Merlimau setelah melunaskan hajat kami. Haa..!! korang tau tak ape rupa attire AKU time keluar secara tidak di rancang nih?? Meh, AKU kobar. AKU pakai selendang kaler coklat, baju free yg AKU dapat time AKU join RP dulu warna merah, seluar slack ala jeans kaler itam, crocs kaler biru. COKLAT + MERAH + HITAM + BIRU =..............................??? fikir-fikirkan lah... ni kalo lecturer Interpersonal Communication AKU nampak, hahaha!! memang x m'praktikkan ape yg AKU da blaja dulu.. bab pakaian TIDAK boleh lebih dari 3 WARNA yek, bloggerians sume... Please, take note. :)



Attire AKU. tapi gambar tak clear, gelap.


          Kini, tamatlah sudah turutan peristiwa yg berlaku sepanjang tarikh 27 Februari 2011. Jumpa lagi di entry seterusnya. ASSALAMUALAIKUM~


p/s : JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG MELEBIHI 3 WARNA



Saturday, February 26, 2011

'CLICHE' Dialog Drama in N9 dialect.

        Malam yang sojuk laie aman damai di Molimau Utagho (Merlimau Utara) ini monyaksikan ompek dari onam housemate tongah khusyuk menonton slot cerekarama di TV3 iaitu, MESEJ TERAKHIR, lakonan aktres wanita cantik, Rito Rudaini (rita) bergandingan b'samo Tiz Zaqyah. Ompek orang tuh todiri daripado si Salwa, Ce ah, Ani dan AKU gak.. Sobonar eh, AKU pon x sangko yg AKU buleh join tonton cerekarama plak ngan dorang2.. maklumlah, AKU mmg x masok ngan drama2 Melayu nih. Ontah apo hangin AKU malam nih nak melayan drama Melayu. So, AKU pon layan kan yolah~


        Sambil layan drama tuh, AKU ngan si Salwa dan Ce ah makan makanan yg kitorang tompah dari MU Corner. AKU order mee goreng basah tambah lak dongan tolo mato lombu. Perhhh ! memang x masok ngan selegho AKU langsung menu tuh.. buek mombazir RM5.60 AKU yo, hoho.. Salwa yo yang dapek melunaskan semuo makanan eh, walhal AKU dongan Ce ah tak dapek nak m'abes kan makanan kitorang. bukan maksod AKU nak mombazir tapi memang AKU x ley nak in ngan mee tuh, mmg AKU TIDAK AKAN order laie mee goreng basah sobagai makan malam AKU. sorik den ~


        Masok balek bab dramo Melayu.. sodang AKU tengok cito tuh, sampai la scene-scene yang amatlah cliche dalam cito2 Melayu nih iaitu scene jiwang. Yo, den tau bukan stakat cito melayu yo ado scene jiwang2 nih. cito korea, cino, jopun, meksiko dan sowaktu dongan nyo pon ado gak jiwang2 tapi tuh den leh tahan laie.. cumo eh kalo cito melayu, memang x dapek den nak tahan kalo jiwang eh.. bodiri bulu roma den nih ha..den pon x tau napo ley jadi cmnih.. AKU dapek la tangkap sikit-sikit dialog eh tok di kongsi kan ngn korang2 time AKU tongah tonton drama tuh.. lobih kurang camni lah bunyik eh..

* * * * * * * * * * * *

Perempuan : sampai bila awak nak tunggu?

Lelaki : sampai saya tengok awak keluar dari restoran nih dengan lelaki tu. Sampai saya nampak awak keluar, dan saya cakap 'Penatnya~'

Perempuan : kenapa awak buat macam ni?

Lelaki : Sebab awak penting dalam hidup saya. Saya sedar yang awak amat penting dalam hidup saya lepas saya kehilangan awak.


* * * * * * * * * * * *

        Aih...~ mesti korang pikir "erkk, ni pon jiwang ker..???". AKU x pedulik ! bagi AKU mmg da cukup jiwang dah, x masok dongan muzik lato belakang eh laie.. AKU just tosongeh yo time scene nih.. banyak laie dialog2 cliche yang ley monyobabkan bulu roma AKU bodiri. Contoh eh: 

Dialog A : awak adalah perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidup saya.
Dialog B : saya tak boleh hidup tanpa awak.
Dialog C : saya tak keruan jika awak tiada di sisi saya.


        Arhhhh..!! X tahan AKU deh walaupun i'm just typing these words out. yolah, sambil kito monaip ayat2 nih sumo kito kan b'monolog dalam ati kito.. x bley blah derrrr...~ AKU x nafikan ado gak cito omputih dan cito-cito laen guno dialog2 cliche nih, tapi macam yg AKU cakap kn awal2 tadi.. Cito laen AKU ley tahan laie kalo tonton eh..bezo eh cumo kalo dialog tuh dari drama Melayu ataupon filem Melayu.. maap la, AKU x boniat langsung nak m'diskriminasikan cito2 tompatan kito. AKU support industri kito, AKU support artis2 kito.. AKU suko kek Sam, Farid Kamil, Aziz Satar, Aida Aris, Jue Aziz dan bomacam-macam laie la..cumo AKU x ley tahan atau dongan kato laen eh AKU goli kalo dongar dialog2 jiwang cliche ni..


        Mungkin ini disobabkan dalam ati AKU tidak ada taman. Mungkin juga kerano AKU bukanlah wanita yang jiwang..statement~ AKU boleh trimo kalo dialog2 cliche ni ado dalam cito omputih, jopun, korea, cino dan sobagainyo lah..tapi tidak dalam drama Melayu.. 


        Sekian sajo takat ni penaipan karangan AKU. nanti AKU nak buek entry pasal Ohn Joo Wan ! AKU terus suko kek dio time AKU tengok cito korea b'tajok My Mighty Princess. Handsome dan sangat kiut siot !! hahaha.. 




p/s: AKU TIDAK MENDISKRIMINASIKAN INDUSTRI TEMPATAN




Friday, February 25, 2011

TAK PELIK, OKEY?!!

Entry yang AKU nyatakan ini tidak bermaksud yg AKU sedang marah hanya gimik sahaja. Harap maklum.

* * * * * * * * * * * *

        Baiklah, entry AKU ini berkaitrapat dengan minat AKU terhadap K-world dan Anime. Ini adalah kerana AKU sekarang da 20's and AKU still layan anime-anime nih sume. TETAPI ! orang2 sekeliling AKU  mnyatakan bahawa minat AKU nih amat kebudak-budakan dan ade juga berpendapat bahawa hobi ni tak sesuai dengan umor AKU sekarang lebih2 AKU ni perempuan. HELLO !!~ motif korang, please~ jangan fikir camtu bro, actually banyak gak positifnya kalau layan anime and k-pop nih...Untuk pengetahuan para 'bloggerians', AKU da layan dua-dua bondo alah nih sejak AKU kecik laie walaupun time tuh AKU sekadar budak hingusan yg masih duduk enak di bawah ketiak my Ibu. Alah, korang dolu2 pun mesti ade layan gak. Cuma korang tak perasan jek. Contohnya ialah Doraemon.



        YA ! inilah Doraemon dan para membernya yakni Nobita (berbaju kuning), Giant (si Gomok berbaju jingga), Suneo (si Pendek berbaju biru muda @ hijau??) dan Sizuka (gadis bertocang 2). Doraemon yg sangat menyukai dorayaki nih, datang dari masa depan untuk tolong Nobita pada awalnya. Last2, si Doraemon nih selalu jadi mangsa Nobita yg suka merembat tools untuk kepentingan sendiri. haha.
p/s: kalaulah Doraemon betul2 wujud~

berbalik semula... Haa ! Konpem korang2 ada layan kan Doraemon nih.. jgn nak pancing AKU cakap x penah tengok lah.. nampak benor korang penipu..dush3 !! Doraemon ni adalah salah satu ANIME dan ada gak manga nye.. Doraemon ni kalo x silap AKU, Fujio Fujiko kot nama *mangaka ea.. *sila rujuk Gempak or majalah yg sewaktu dengannya untuk mengetahui lebih lanjut.

        Doraemon ni still bertapak laie tau kat TV and kedai-kedai buku komik serata Malaysia. Doraemon ditayangkan di NTV7, setiap Sabtu pada jam 7:30malam. Betapa lamanya Doraemon nih bertahan??fikir-fikirkan... lama da kot, byg lah dari AKU drjah 3 Doraemon ni ada..fuhh! AKU mmg cukup respek la ngan anime nih, even mangaka dah passed away pon still wujud laie.

        Ok, cukup setakat itu saja mengenai Doraemon. AKU bet korang2 sume penah layan Doraemon kan..haha! Antara anime-anime lain yang AKU layan dari AKU skola tak bertingkat hinggalah skola bertingkat-tingkat adalah Dragon Ball. Korang tau kan..hehe!! Anime nih pon AKU layan time aku darjah 2 ke 3..lbey kurang cmtulah.. tak semestinya golongan lelaki sahaja yek yg layan ok, pompuan pon layan gak even my Ibu pon layan anime nih dengan bersungguh-sungguh.. dari Goku kecik sampai da mati berkali-kali.



        Goku, Bezita, Pendekar Penyu, Trunks, Bulma, Kiki, Majumiya, Majin Buu kurus, Majin Buu gemuk, Goten, Feliza, Encik Satan, C16, C17, Kirin, Abang Mu. Ada banyak watak laie, tapi ni jek yg AKU ingat.. AKU tengok kat TV2 dulu, pukul 9pg ke 9.30pg setiap Sabtu & Ahad.. mmg MANTAP la anime nih !! Aku paling ingat kuasa 'Kame Ha Me Ha'..*dua2 tapak tgn bertembung pergelangan tgn, tolak dari pinggang then bawak ke depan. "KAME HA ME HA !!!!!!!" AKU ingat laie time skola rendah dulu2, kalo maen lawan2 ngan dak laki.. kitorg msti guna kose nih..hahaha!! Laie satu kuasa yg AKU ingat, "Bergabung !!"..hehe.. wanted giler lah dua2 kose nih time AKU kecik2 dolu.. Korang2 ade x maen cam AKU ????

        Selain tuh, banyak laie anime-anime yg AKU da layan sampai umor AKU sekarang da nak masok 21 taon. My Ibu pon layan gak tau anime nih.. paling my Ibu suka Mobile Suit Gundam Seed dengan Mobile Suit Gundam Seed Destiny.



 Mobile Suit Gundam Seed (MSGS)



Mobile Suit Gundam Seed Destiny (MSGSD)

        Ok, the differences between these two anime are the story plot and the characters. Untuk MSGS, watak utama lelaki ada 2 orang yakni Kira Yamato dengan Athrun Zala. Bagi MSGSD plak, ade tambahan satu lagi watak utama lelaki iaitu Shin Asuka. Dua-dua versi gundam ni memang TERsangatlah best !! My Ibu siap wat formula sendiri kalo nak ingat watak2 cte nih.. "KAS" stand for Kira Yamato, Athrun Zala and Shin Asuka respectively.. COOL kan my Ibu ! even AKU pon guna formula my Ibu yang tuh..hahaha!

List of other anime that I have watched :
  1. Sailormoon
  2. Samurai X
  3. Star Ocean Ex
  4. Bleach
  5. Naruto
  6. Getbackers
  7. Shaman King
  8. You are Under Arrest
  9. Mobile Suit Gundam Wing
  10. Mobile Suit Gundam 00
  11. Shakugan no Shana
  12. Hell Girl
  13. Zoids
  14. Detective Conan
And SO MUCH MORE !!!!

* * * * * * * * * * * *

        About k-pop lak, mmg AKU da lama layan.. da berpuluh drama AKU tonton, ada certain drama AKU da post kan dekat entry AKU yg lepas2. So, AKU xyah la nak mention laie.. malas seh~ haha!! k-pop band AKU start layan masa AKU Form 1 or Form 2.. band first yg AKU kenal TVXQ kot.. atau juga dikenali Dong Bang Shin Ki. Masa AKU kenal TVXQ nih, lagu yg feymes time tuh "Rising Sun". TERBAIK !




Then, AKU kenal Superjunior a.k.a SUJU plak. Gambar kat bawah nih, before Kyuhyun join Suju.. time nih Suju ade 12 orang.. ni pix mase awal2 dorg debut dulu.. time lagu "Knock Out", Kyuhyun da join kot kalo x silap AKU.





SUPERJUNIOR complete !


Line atas dari kiri:
Kangin, Kyuhyun, Heechul, Sungmin, Yesung dan Siwon.

Line bawah dari kiri:
Kibum, Hangeng, Eunhyuk, Donghae, Leeteuk, Ryeowook dan Shindong.

        Lama gak AKU nak m'hafal muka ngan nama team2 SUJU nih.. hahaha!! AKU paling ingat Shindong dulu, coz die agak gemok yer...hehe!! Tapi terer gak menari beb~ AKU paling suka kat Donghae and Eunhyuk... :)

Sekarang AKU tengah syok dekat Beast ngan Infinite !!



        Dalam band Beast nih, AKU suka giler kat Yang Yo Seob (3dari kanan) !! Sebab ape???!! Sebab Yo Seob sangat Gwiyeo !!!!! *means cute..!! sore die pon mantap !!! AKU rasa korg kenal kot lagu dorg yg da diputarkan di radio2 Malaysia, yakni "Shock" ngan "Bad Girl"..


* * * * * * * * * * * *

        Sepanjang AKU layan anime ngan K-pop ni, secara tidak langsung AKU dapat blaja korean and japanese language.. mandarin pon AKU dapat blaja gak coz banyak drama Korea yg tyg kat TV sume nye di alih bahasa ke mandarin.. AKU bolehlah tangkap certain2 words, dan AKU praktik kn dalam life AKU sekarang. AKU berminat untuk blaja bahasa asing selain dari English, eventhough AKU xlah fluent dalam sume bahasa ni.. tp at least AKU dapat blaja sendiri. So, jgn pndg sebelah mata n jgn pndg rendah kat mereka2 yg layan anime and k-world.. umur x menjadi penghalang lah !! hehe.. 

p/s: IANYA BUKAN SESUATU YANG PELIK JIKA SESEORANG ITU MELAYANI ANIME, MANGA & K-WORLD.


Wednesday, February 16, 2011

"Aachun" dan my Adik.



   Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias a.k.a "Aachun" merupakan seorang kanak-kanak yang sedang menginjak ke usia 4 tahun pada 2011 di bulan November. 'Beliau' merupakan anak bongsu bagi pasangan Alias bin Kadir serta isterinya, Badariah bte Mohamad. 'Beliau' dilahirkan pada 14 November 2007, pada pukul berapa AKU tidak beberapa pasti, jika AKU tidak silap pada waktu malam. Pada tanggal 14 November tahun tersebut, AKU sedang enak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di Sek.Men Keb Tunku Ampuan Durah (Aidil Zaquan & Zafuan Adha ex-student sebelum berpindah ke Sek.Bukit Jalil). berbalik semula... Jadi, pada malam tarikh 14 November tersebut, AKU tidak dapat memfokuskan diri untuk me'revise' subjek Mathematics bagi kertas SPM keesokan harinya kerana bimbang akan keselamatan my Ibu. Dengan izin ALLAH, my Ibu selamat melahirkan seorang bayi yang sungguh comel yang akan menceriakan hidup kami sekeluarga dengan telatah yang mencuit hati dan menyenangkan.

"Aachun"~
   Nama penuh 'Beliau' telah dinyatakan di perenggan atas. AKU pernah bertanya kepada my Ibu. "Ibu, agak nya nanti bila Aachun tadika mesti gabak kan dia nak tulis nama dia, hahaha!! sikit punya panjang!" PAPpp!!! My Ibu menepuk belakangku sebagai balasan. berbalik semula.. Sebelum diberikan panggilan Aachun, 'Beliau' dipanggil dengan nama "Ayeim". Setelah beberapa sekian memanggil 'Beliau' dengan nama Ayeim, my Ibu membuat keputusan untuk menukar nama panggilan yang lain kerana 'Beliau' kerap menangis. Jadi, beberapa nama lain telah di cadangkan oleh my Abah, my Adik dan AKU sendiri seperti Yoon Suh (gara-gara Tree Of Heaven), Rain dan bermacam-macam lagi. My Abah berasa tertekan dengan AKU, my Adik dan my Ibu kerana memilih nama-nama yang cukup pelik pada pendengaran my Abah. Untuk perhatian, AKU dan my Adik serta my Ibu adalah peminat dunia K-pop. Jadi, renung-renungkan bersama.. Kebetulan, pada tika kami sedang sibuk memilih nama, 8TV sedang hangat dengan drama Taiwan yang bertajuk Hanazakarino Kimitachihe. Pelakon utama bagi drama tersebut adalah Wu Chun yang melakonkan watak sebagai Zuo Yi Quan. AKU, my Adik dan my Ibu sangat meminati Wu Chun yang cukup kacak di mata kami. Secara tidak langsung, my Ibu mencadangkan nama "Aachun" dan akhirnya kata sepakat telah dicapai dengan persetujuan dari my Abah dan my Adik serta AKU sendiri. Maka, Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias diberi nama panggilan "AACHUN" dan tidak lagi kerap menangis.

   Mengapa nama panggilan berbeza dengan nama sebenar? Persoalan ini sering dinyatakan oleh orang ramai di sekeliling kami. Tiada jawapan yang pasti dapat AKU berikan kerana nama panggilan AKU juga berbeza daripada nama sebenar. Berikut adalah serba sedikit butir-butir tentang my Adik-Adik.



Nama penuh : Nurull Asshiffa bte Alias
Nama gelaran : Ain
Tahun dilahirkan : 1993



Nama penuh : Muhammad Ridzuan bin Alias
Nama gelaran : Aliff a.k.a Alip
Tahun dilahirkan : 1995



Nama penuh : Nurull Rus Aishah bte Alias
Nama gelaran : Effa
Tahun dilahirkan : 2001



Nama penuh : Muhammad Yusuf Ibrahin bin Alias
Nama gelaran : Aachun
Tahun dilahirkan : 2007


   AKU merupakan anak sulung yang mengetuai barisan anak-anak pasangan suami isteri Alias dan Badariah yang dilahirkan pada tahun 1990. AKU cukup menyayangi kesemua my Adik kerana mereka semualah 'penambah rasa' kehidupan AKU. Mereka beri AKU duka, sakit, marah namun semua perasaan itu akhirnya menjadi sayang kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah sama seperti darahku.

   Kelahiran Aachun amat tidak disangka dalam hidup kami sekeluarga. Pada mulanya, AKU agak terkejut apabila mengetahui my Ibu sedang mengandung kerana usia my Ibu sudah menginjak ke 40's tika itu. Sebelum Aachun dilahirkan, my Ibu pernah mengalami keguguran. AKU berasa sungguh takut pada waktu itu, banyak darah yang keluar, ketulan-ketulan daging yang sedang membentuk foetus AKU lihat di depan mataku sendiri. Hanya Tuhan yang tahu perasan AKU ketika itu. AKU hanya mampu mendoakan keselamatan my Ibu. Ya ALLAH, selamatkan Ibu aku daripada kesakitan dan bahaya !! Alhamdulillah, my Ibu sungguh kuat menghadapi dugaan itu. AKU bersyukur dan terus bersyukur.

   Akhirnya, pada 14 November 2007 seorang bayi lelaki beragama Islam selamat dilahirkan secara normal di Hospital Tunku Jaafar, Negeri Sembilan oleh my Ibu yang kemudiannya diazankan oleh my Abah dan dinamakan Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias. Aachun merupakan anak bongsu keluarga AKU, dan mempunyai sifat yang amat manja dengan kedua-dua my Ibu dan my Abah. Aachun sering disakat oleh AKU dan my Adik kerana kenakalan dan keletahnya. Kini, Aachun sudah pandai untuk berkata-kata. Ada kalanya, kami disuruh untuk memanggilnya "Oppa" (gara-gara Stairway To Heaven) dan "Baby". Menggedik sungguh tapi kami turut kan sahaja. :)












   Pokoknya, kami sekeluarga cukup bahagia kini walaupun ada tikanya cabaran datang menduga kami. AKU bertekad untuk membahagiakan keluarga kami selaku anak sulung dan AKU berjanji akan terus berusaha dan membahagiakan keluarga AKU. Akan AKU pegang janjiku dan kotakannya dengan izin-NYA. Insyallah~





Friday, February 4, 2011

NO MIN WOO......!!!!~

Agak kerap gak AKU update blog AKU skrg nih..haha!! Malam ni mmg AKU da tekad nak update gak !! sebab AKU da fallen in LOVE dgn watak Dr. Park Dong Joo dalam cte My Girlfriend is a Gumiho...!!!!!!!!!!!!


Lebih2 laie, tongah2 mlm nih lah AKU baru tau yg No Min Woo nih sobonar eh salah sorg drp band THE TRAX yg AKU kenal time layan cte Boys Over Flower a.k.a BOF dulu..!!! AKU cari lah OST cte BOF ni pas lyn cte tuh, then group The Trax ni ade gak nyanyi tok OST nye.. tajuk lagu : "Fight The Bad Feeling" by The Trax sendiri..!! Woahhhhhh..!!! AKU x sgka yg No Min Woo ni group tuh..!!!! AKU juz tau salah sorg dr band ni ade b'lakon dlm BOF gak, yg jadi Song Woo Bin.. korg egt laie x yg mne satu?? kalo x egt, tolong REFRESH sndri.. hoho !! time AKU tau bnde nih, AKU rase nak m'jerit se KUAT2 ati AKU...


aaAAAAAAaAAAARrRrRRRRRrrrgggggggggGgGghhhhhHHhHhhhhh..................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tapi, AKU ley jerit dalam ati jek coz x psal2 nnt AKU kono ngan my Ibu..hikhik!! Maklum lah tongah malam kn... tapi, mmg seyes weh.. AKU nak sgt jorit kuat2..!!!!!!! Kalo AKU kat "melbourne" time nih.. mmg AKU jerit lah jawabnye, hehe..!! NO MIN WOO..!!!!!!!!!!!! AKU DAH KENAL KAMU LAMA LAH !! Mengapa AKU tidak perasan akan KAMU mase tuh..!!!!!!!! dush3x !!!






No Min Woo

 Tak jelas?? Tak puas?? Tak hensem? Tggggguuuuuu....!!~  haha.. ni baru 1 gmbr.. bwh2 ni nnt AKU penoh kn ngan gmbo2 laen si No Min Woo nih.. AKU nak paste kan profile die dolu.. So, korg ley la kenal ngan die ckit2... 

No Min Woo's Profile :

Real Name: 노민우 (No Minwoo)
Nick Names/Alter Ego: Rose, R, Alice, Hika, Princess, Rose Beet’z, Dr Shals, Nomin, Beansprout, CEPO, Tokkot
Occupation: Actor, Musician/Producer, Model, University Student
Birth Date: May 29th, 1986
Birth Place: South Korea
Sign/Zodiac: Gemini/Tiger
Blood Type: AB
Height: 184cm
Weight: 72kg
Talents: Guitar, Drums, Piano, Acting, Singing, Rapping, Horseback Riding, Modeling, Songwriting, Dancing, Drawing, Martial Arts, Being Fashionable 
;)

Languages: 1st Language: Korean, 2nd Language: Japanese
Music Debut:
2004 with The TRAX
2009 with 24/7

Itu jek info DIA yg AKU dapat amek.. hehe !! Dari profile nih lah yg buat AKU nek meroyan tongah2 malam nih.. ngeeee...!!! Actually, mmbe AKU si Khairun Salwa nih yg promote lagu "Trap" by No Min Woo.. dari situ AKU teros stat fallen wif diz guy !! HE'S TOTALLY SIZZLING HOT !!!! 
Korang2 layan cte My Girlfriend is a Gumiho..?? Coz si No Min Woo ni ade b'lakon dlm cte tuh.. Dia pgg watak doktor haiwan, Dr. Park Dong Joo merangkap dewa zaman dulu kala.. mmg hot, cool and macho HABIS !!!! Seyes lah, kalo korg x jatoh hati kat dia.. Hmmm....!!~ AKU x tau lah nak cakap ape.. 

Bawah ni ade lah gmbar2 No Min Woo yg AKU da google and pilih yg terbaik dalam kalangan terbaik.. TATAP SEPENUH HATI dan HAYATINYA...~



Nilah "Dr.Park Dong Joo" dalam cte Gumiho.

Seterusnya :


Salah satu scene yg AKU suka dlm cte nih.
Kesian kat Dia !!!! wuwuwuwu...~



SENYUM !!!!!!!!!! AKU mmg da jatoh cinta kat Dia !!



Scene ni plak, Dia tekad nak tangkap si Gumiho. Huhu..~



Full face No Min Woo !! HANDSOME + CUTE !!


Pix2 tu sume antara scene2 yg ada dlm cte My Girlfriend is a Gumiho.. AKU sggest korang layan lah cte nih.. TERBAEK !! plus lak, ngan lagu2 OST yg meLETOP !! Fuhhhhhhhhh...!!~
Sore si No Min Woo ni lak, mmg man'Top' abes.. besides, si No Min Woo nih terer gak men alat music macam guitar, drum n so much more.. AKU tgK video Dia maen drum tok lagu "Heartbeat" by 2PM.. perrhhhhhhh...!! COOL...! Dia sgt2 b'bakat...



Sekarang, other pics No Min Woo yg AKU grab dari google :



 














*macam pompuan tak? hehe..




ekspresi dingin, senyum, sedih, naif, kiut, macho, blur, serius, frust !!
*na neun neomu neomu choahae !!!



Fuhhhh.... penat AKU d sini, hahaha !! bape byk pix AKU letak tok entry kali nih ek..??? x perasan lak.. ikot kan ati, byk laie gmbar yg AKU nak post kn.. haha !! Proposal final project AKU dan koje2 laen tak plak AKU buat.. mmg terbaek lah AKU nih !! Kan..??? kan..?? ngeee...!! AKU nak upload vid kump The Trax tuh, tapi server asek probs je.. mls AKU ~ huhu.. nnt tok entry laen AKU post kn yek.. *kalo AKU egt lorh

Konklusinye, AKU mmg x sgke yg sebenar ea No Min Woo nih AKU da kenal lama.. *bkn scr face to face yek.. hoho !! AKU mmg x sgke yg AMAT SANGAT !! laen kot time AKU tgk dlm vid lagu OST tuh.. dlu mmg hensem, tapi sekarang.. SEMAKIN HENSEM dan COOL..!! Sekian, takat cni yek tok malam ni.. da lpas royan AKU.. haha.. nite, salam !!~

NO MIN WOO, HWAITING..!!! <3