para BLOGGERIANs

inilah AKU !!

My photo
Assalamualaikum w.b.t kepada semua AKU 'Bloggerians' dan juga kepada sesiapa yg 'melintas' di blog AKU. Keep it short: AKU minat ngan KOREA, Anime, makanan, tonton televisyen, warna UNGU, tido dalam kelas and AKU minat gak snap pix + edit tp bese2 jelah. SEKIAN~

Wednesday, February 16, 2011

"Aachun" dan my Adik.



   Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias a.k.a "Aachun" merupakan seorang kanak-kanak yang sedang menginjak ke usia 4 tahun pada 2011 di bulan November. 'Beliau' merupakan anak bongsu bagi pasangan Alias bin Kadir serta isterinya, Badariah bte Mohamad. 'Beliau' dilahirkan pada 14 November 2007, pada pukul berapa AKU tidak beberapa pasti, jika AKU tidak silap pada waktu malam. Pada tanggal 14 November tahun tersebut, AKU sedang enak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di Sek.Men Keb Tunku Ampuan Durah (Aidil Zaquan & Zafuan Adha ex-student sebelum berpindah ke Sek.Bukit Jalil). berbalik semula... Jadi, pada malam tarikh 14 November tersebut, AKU tidak dapat memfokuskan diri untuk me'revise' subjek Mathematics bagi kertas SPM keesokan harinya kerana bimbang akan keselamatan my Ibu. Dengan izin ALLAH, my Ibu selamat melahirkan seorang bayi yang sungguh comel yang akan menceriakan hidup kami sekeluarga dengan telatah yang mencuit hati dan menyenangkan.

"Aachun"~
   Nama penuh 'Beliau' telah dinyatakan di perenggan atas. AKU pernah bertanya kepada my Ibu. "Ibu, agak nya nanti bila Aachun tadika mesti gabak kan dia nak tulis nama dia, hahaha!! sikit punya panjang!" PAPpp!!! My Ibu menepuk belakangku sebagai balasan. berbalik semula.. Sebelum diberikan panggilan Aachun, 'Beliau' dipanggil dengan nama "Ayeim". Setelah beberapa sekian memanggil 'Beliau' dengan nama Ayeim, my Ibu membuat keputusan untuk menukar nama panggilan yang lain kerana 'Beliau' kerap menangis. Jadi, beberapa nama lain telah di cadangkan oleh my Abah, my Adik dan AKU sendiri seperti Yoon Suh (gara-gara Tree Of Heaven), Rain dan bermacam-macam lagi. My Abah berasa tertekan dengan AKU, my Adik dan my Ibu kerana memilih nama-nama yang cukup pelik pada pendengaran my Abah. Untuk perhatian, AKU dan my Adik serta my Ibu adalah peminat dunia K-pop. Jadi, renung-renungkan bersama.. Kebetulan, pada tika kami sedang sibuk memilih nama, 8TV sedang hangat dengan drama Taiwan yang bertajuk Hanazakarino Kimitachihe. Pelakon utama bagi drama tersebut adalah Wu Chun yang melakonkan watak sebagai Zuo Yi Quan. AKU, my Adik dan my Ibu sangat meminati Wu Chun yang cukup kacak di mata kami. Secara tidak langsung, my Ibu mencadangkan nama "Aachun" dan akhirnya kata sepakat telah dicapai dengan persetujuan dari my Abah dan my Adik serta AKU sendiri. Maka, Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias diberi nama panggilan "AACHUN" dan tidak lagi kerap menangis.

   Mengapa nama panggilan berbeza dengan nama sebenar? Persoalan ini sering dinyatakan oleh orang ramai di sekeliling kami. Tiada jawapan yang pasti dapat AKU berikan kerana nama panggilan AKU juga berbeza daripada nama sebenar. Berikut adalah serba sedikit butir-butir tentang my Adik-Adik.



Nama penuh : Nurull Asshiffa bte Alias
Nama gelaran : Ain
Tahun dilahirkan : 1993



Nama penuh : Muhammad Ridzuan bin Alias
Nama gelaran : Aliff a.k.a Alip
Tahun dilahirkan : 1995



Nama penuh : Nurull Rus Aishah bte Alias
Nama gelaran : Effa
Tahun dilahirkan : 2001



Nama penuh : Muhammad Yusuf Ibrahin bin Alias
Nama gelaran : Aachun
Tahun dilahirkan : 2007


   AKU merupakan anak sulung yang mengetuai barisan anak-anak pasangan suami isteri Alias dan Badariah yang dilahirkan pada tahun 1990. AKU cukup menyayangi kesemua my Adik kerana mereka semualah 'penambah rasa' kehidupan AKU. Mereka beri AKU duka, sakit, marah namun semua perasaan itu akhirnya menjadi sayang kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah sama seperti darahku.

   Kelahiran Aachun amat tidak disangka dalam hidup kami sekeluarga. Pada mulanya, AKU agak terkejut apabila mengetahui my Ibu sedang mengandung kerana usia my Ibu sudah menginjak ke 40's tika itu. Sebelum Aachun dilahirkan, my Ibu pernah mengalami keguguran. AKU berasa sungguh takut pada waktu itu, banyak darah yang keluar, ketulan-ketulan daging yang sedang membentuk foetus AKU lihat di depan mataku sendiri. Hanya Tuhan yang tahu perasan AKU ketika itu. AKU hanya mampu mendoakan keselamatan my Ibu. Ya ALLAH, selamatkan Ibu aku daripada kesakitan dan bahaya !! Alhamdulillah, my Ibu sungguh kuat menghadapi dugaan itu. AKU bersyukur dan terus bersyukur.

   Akhirnya, pada 14 November 2007 seorang bayi lelaki beragama Islam selamat dilahirkan secara normal di Hospital Tunku Jaafar, Negeri Sembilan oleh my Ibu yang kemudiannya diazankan oleh my Abah dan dinamakan Muhammad Yusuf Ibrahim bin Alias. Aachun merupakan anak bongsu keluarga AKU, dan mempunyai sifat yang amat manja dengan kedua-dua my Ibu dan my Abah. Aachun sering disakat oleh AKU dan my Adik kerana kenakalan dan keletahnya. Kini, Aachun sudah pandai untuk berkata-kata. Ada kalanya, kami disuruh untuk memanggilnya "Oppa" (gara-gara Stairway To Heaven) dan "Baby". Menggedik sungguh tapi kami turut kan sahaja. :)












   Pokoknya, kami sekeluarga cukup bahagia kini walaupun ada tikanya cabaran datang menduga kami. AKU bertekad untuk membahagiakan keluarga kami selaku anak sulung dan AKU berjanji akan terus berusaha dan membahagiakan keluarga AKU. Akan AKU pegang janjiku dan kotakannya dengan izin-NYA. Insyallah~





No comments:

Post a Comment