para BLOGGERIANs

inilah AKU !!

My photo
Assalamualaikum w.b.t kepada semua AKU 'Bloggerians' dan juga kepada sesiapa yg 'melintas' di blog AKU. Keep it short: AKU minat ngan KOREA, Anime, makanan, tonton televisyen, warna UNGU, tido dalam kelas and AKU minat gak snap pix + edit tp bese2 jelah. SEKIAN~

Monday, February 28, 2011

Peristiwa 27 Februari 2011 oleh AKU.

        Sedang AKU khusyuk membute walaupun matahari sudah terik memancar di atas bumbung rumah sewaku, telefon bimbit AKU yg berjenama Nokia 7060 nyaring menyanyikan lagu ringtonenye oleh Saiful Apek, pelawok terkenal Malaysia.

"Angkat talipon, angkat talipon, angkat, angkat talipon, kalau tak angkat, kalau tak angkat, AKU talipon taliban, lalalalalalaalalala~"

        Namun, di sebabkan AKU masih enak membute AKU hanya meng'ignore'kan sahaja panggilan tersebut. Tetapi, AKU amat lah tension kerana panggilan tersebut berterus-terusan mengganggu lenaku. Panggilan tersebut adalah daripada orang yg sama iaitu rakan sekelasku yg bernama Muhammad Mokhtar Bin Mohd Razif atau dengan nama manja nya, Mokh.. AKU tidak mahu meng'pick up' panggilan tersebut kerana AKU malu kalau t'kantoi yg AKU masih membute di kala matahari sedang terik memancarkan sinar mentarinya. Maklumlah, AKU kan anak dara. Tapi apakan daya, AKU sudah tidak sanggup laie untuk memekakkan telinga daripada mendengar nyaringan ringtone henset AKU sendiri. Jadi, AKU pun jawablah panggilan tersebut. Ayat pertama yang terluah dari mulut pemanggil itu adalah:

"Radziah, aku tahu ko belum bangun laie. gosok gigi pon belum, mandi apetah laie, kan..kan..?" diselangi pula dengan dekahan gelak tawa pemanggil tersebut. *mangkuknya classmate! dah la menggangu tido AKU. kau boleh lak buat lawak yg sugguh 'enak' di 'pagi-pagi buta' nih.

        Dengan malas, AKU bertanyakan sebab mengapa dia menelefon AKU pada saat-saat indah AKU di ulit mimpi dengan sore AKU yg serak-serak rock. *AKU tido lepas Subuh, kol 6.30pagi. time mamat nih kol 10.30pg.
Di bawah adalah dialog perbualan antara AKU dan dia.

* * * * * * * * * * * *

Mokhtar :  Weh, Puan Surina bagitau aku yang kita kena datang JH pukul 2.30petang nih. Jumpa kat main kitchen. Dia cakap, esok kita kena serve guest. 

AKU :   Hah...?! ye ke..? So? Semua ke kena datang petang nih? Buat apa?

Mokhtar :   Dia just cakap yg kita kena datang petang nih and serve esok. Aku nak datang tapi sekarang aku takda kat Merlimau. Tapi, aku nak join serve esok.

AKU :   Kau confirm ke weh?

Mokhtar :   Kau confirm kan lah dengan puan, nanti roger aku.

AKU :   Ok2.


* * * * * * * * * * *

        Tamat perbualan antara AKU dan dia, AKU terus menyambung kembali apa yang telah terbantut iaitu TIDURku yang diganggu tanpa mengotakan apa yang telah AKU katakan semasa mengakhiri perbualan kami tadi. Namun, selang beberapa minit kemudian, suara Saiful Apek kembali berkumandang...~

"Angkat talipon, angkat talipon, angkat, angkat talipon, kalau tak angkat, kalau tak angkat, AKU talipon taliban, lalalalalalaalalala~"

        "Apek.. Oh, Apek.. kau kalau x melalak sehari tak boleh ke? Napa lah korang suka na nak ganggu tidurku. huhh!" detik hati AKU. Lantas, AKU membuntangkan mata untuk melihat skrin telefon bimbit ku. Tertera nama si pemanggil *cLass rePs* yg menjadi hak milik tuan punya badan bernama asal, Muhammad Mokhtar bin Mohd Razif. SEKALI LAGI ! *apo laie jang oiii...! Berikut adalah perbualan kami untuk kali keduanya.

* * * * * * * * * * * *

Mokhtar :   Kau da confirmkan dengan puan belum weh?

AKU :   Aku da mesej tadi tapi puan belum balas. *AKU tipu.

Mokhtar :   Better kau call puan. maybe dia sibuk.

AKU :   Orait, nanti aku call.

Mokhtar :   Ok, nanti roger aku.

AKU :   Ok, assalamualaikum.

* * * * * * * * * * * *

        Tanpa melengahkan masa, AKU terus menghubungi Puan Surina bagi mendapatkan butir-butir yang berkenaan. Seperti yg dikatakan oleh Mokhtar, semua rakan kelas AKU dikehendaki untuk menghadirkan diri ke Jabatan Hospitaliti pada jam 2.30 petang bagi melakukan proses mise en place untuk acara makan tengahari pada keesokan harinya yang akan dihadiri oleh para VIP dan petugas-petugas PMM seramai 208pax kesemuanya.


        Daripada 36 orang jumlah keseluruhan rakan sekelas AKU, hanya 9 orang sahaja yang menghadirkan diri. AKU, Nurul Nasihah, Mohamed Noorazri, Mohamad Akhir, Asraf Azzubir, Wen Hooi, Hui Wen, Chee Kuan dan Hooi Chuen sahaja yang hadir. Kami dibantu oleh pelajar semester 3, dari kos pelancongan untuk menyediakan cutleries, linen dan peralatan yg hendak digunakan keesokan harinya. Antara cutleries dan peralatan yg digunakan adalah table fork, table spoon, soup spoon, laddle, dessert fork, dinner plate, bb plate, dessert plate, dome set, water goblet, side station dan bermacam laie untuk kegunaan 208 pax.


        Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja, AKU tidak sedar bahawa waktu sudah berlalu menginjak ke jam 6.30 petang. Perut AKU berkeroncong, kemudian AKU tersedar. AKU tak makan pape kot dari pagi! Mana tak nye, tido kol bape. Bangun lak kol bape. Bangun jek terus siap nak g jabatan. Memang tak makan lah. So, dengan muka tak segan nya AKU mengajak Mohamed Noorazri untuk ke McDonald di Dataran Pahlawan. Dia bersetuju setelah puas dipujuk oleh AKU dan Nurul Nasihah di tambah pula oleh Mohamad Akhir. Yeay!! Jadi, kami berempat pun terus menuju ke Dataran Pahlawan.


        Dalam perjalanan menuju ke DP, kami berempat berborak mengenai bayak perkara. Antaranya ialah, kehangatan pilihanraya yang sedang menggamit kawasan tempat kami belajar iaitu Merlimau. Kerap siot Politeknik AKU masok TV lately nih. Selama AKU menuntut kat sini, tak pernah AKU tengok Merlimau happening begini sekali. Selalunya, Merlimau kelihatan seperti pekan koboi. Tapi, tidak lagi pada tika ini. Macam-macam propaganda dalam politik nih, termasok lah ragam-ragam penyokong calon yang bertanding.




Strategi yang biasa kita tengok kalau pilihanraya nih, bendera parti yang bertanding mesti berada di mana-mana sahaja. Penuh pekan Merlimau dengan bendera, merata-rata ada. Kadang-kadang tuh, satu tempat berpuloh-puloh bendera ada. Tak rasa membazir ke? Letak ala kadar sudah. *pendapat ikhlas AKU.


        Selain itu, ragam-ragam lain yang kitorang berempat dapat lihat time nak pergi DP adalah tindak tanduk para penyokong parti Barisan Nasional yg ligat membunyikan hon motosikal masing-masing dengan mengibarkan bendera parti. Situasi ini agak membengangkan AKU kerana, agak memekak ye bunyi-bunyi hon tuh coz time nih rombongan mat-mat moto nih follow belakang kereta yg kitorg naik. Sompek lah si Nurul Nasihah men'snap' gambar2 rombongan pakmat moto tuh sume.












        Berkobar-kobar sungguh mat-mat moto nih sume. Jarang AKU nak nampak budak-budak zaman sekarang bersemangat waja camnih. Kalau ke arah kebaikan, Alhamdulillah~


        Perjalanan kami ke DP diteruskan kembali, pelbagai topik telah kami bualkan. Kemudian, masok plak bab fotografi. Topik ini dimulakan oleh Nurul Nasihah. Jadi, kami bualkan lah mengenai topik ini. Sedang hangat berborak, masing2 try untuk snap gambar matahari yg kelihatan agak cun melecun tika itu. Tapi, bukan senang. Masing-masing try snap dengan hanya menggunakan henset sdn.bhd dengan keadaan kereta yg meluncur laju di atas jalan. Antara hasil-hasil gambar yg di'snap' adalah seperti di bawah.






Di'snap' oleh Nurul Nasihah


* * * * * * * * * * * *

          Setelah hampir 35 minit perjalanan, AKU dan 3 orang member yang lain sampai juga ke destinasi pilihan kami iaitu McDonald di Dataran Pahlawan. Selesai kereta di parkir di tempat yg sesuai, kami menuju ke McDonald. Tetapi, kami tidak teru m'order' makanan sebaliknya, Mohamad Akhir mahu ke tandas terlebih dahulu. Manakala, AKU dan Nurul Nasihah menuju ke kiosk Baker's Cottage yg t'letak berhampiran dgn McD. Kami berdua adalah penggemar egg tart, jadi kami tidak melepaskan peluang untuk membeli dua ketul untuk setiap seorang. 


          Akhirnya, kami menuju ke matlamat utama kami ke Dataran Pahlawan iaitu makan! AKU mmg da kebuloq sangat da time nih.. Dengan pantas, sebaik melangkah masok ke McD, AKU dan Nurul Nasihah terus beratur untuk m'order' makanan. "Big Mac" bersaiz L menjadi pilihan AKU. Setelah mendapatkan makanan, AKU terus menuju ke meja yg telah di cop oleh Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri yg terletak di tepi glass kaca, port yg best. Mohamad Akhir mengetuai bacaan doa makan kami. Selesai berdoa, AKU terus menyuapkan french fries tanpa melengahkan masa. Nyumm... nyum...!!~




Large french fries & Big Mac




my lovely BIG MAC ! <3


        Terliur? Lapar? Nak? Pergi dapatkannya segera!! Jangan melengah-lengahkan masa. Sedap wok ! Jemput makan..!



Muka bahagia AKU bersama BIG MAC ! masok sekaligus! *TIPU



AKU memang saja nak buat korang lapaq, hahahaha !



          Dalam masa 10minit, AKU berjaya mengabeskan sume makanan AKU justeru menjadi orang pertama yg selesai makan. Tak tertanding oleh Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri apetah laie Nurul Nasihah. ngeeeee...!!~



erkkkk...!!~ Alhamdulillah ~ :)


        Puas AKU bercerita, pasal Nurul Nasihah, Mohamad Akhir dan Mohamed Noorazri. Meh sini, AKU introduce kan korang dengan mereka bertiga.



Memperkenalkan, Nurul Nasihah bte Abd Ghani !! 




Mohammed Noorazri, driver !




Mohamad Akhir, class representative !


          Setelah puas melepak-lepak, kami pun berangkatlah pulang ke rumah. Sebelum keluar daripada McD, AKU dan Nurul Nasihah meng'order' Mcflurry Cornetto setiap seorang. Banyak kan kitorang berdua makan?? hahaha.. sampaikan Mohamad Akhir cakap "Apa jenis perut korang nih?".. hahahahaha!!~
Maka, kami pun berangkat pulang ke Merlimau setelah melunaskan hajat kami. Haa..!! korang tau tak ape rupa attire AKU time keluar secara tidak di rancang nih?? Meh, AKU kobar. AKU pakai selendang kaler coklat, baju free yg AKU dapat time AKU join RP dulu warna merah, seluar slack ala jeans kaler itam, crocs kaler biru. COKLAT + MERAH + HITAM + BIRU =..............................??? fikir-fikirkan lah... ni kalo lecturer Interpersonal Communication AKU nampak, hahaha!! memang x m'praktikkan ape yg AKU da blaja dulu.. bab pakaian TIDAK boleh lebih dari 3 WARNA yek, bloggerians sume... Please, take note. :)



Attire AKU. tapi gambar tak clear, gelap.


          Kini, tamatlah sudah turutan peristiwa yg berlaku sepanjang tarikh 27 Februari 2011. Jumpa lagi di entry seterusnya. ASSALAMUALAIKUM~


p/s : JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG MELEBIHI 3 WARNA



3 comments:

  1. hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaa..
    klakar sungguh..

    wnegwneg~~~~
    best2...

    ReplyDelete
  2. klakar ek... baguih2.. b'jaya gak wat entry klakar..hahaha!! thanx bro~

    ReplyDelete
  3. ko memang bab makan memang laju woit!! haha ko jgn lupa follow aku woit!!

    ReplyDelete